Pandangan agama lain Kebangkitan Yesus

Kumpulan seperti agama Yahudi, Islam, dan bukan Kristian yang lain, termasuk beberapa Kristian liberal, mempertikai sama ada Jesus benar-benar bangkit dari wafat. Hujahan atas dakwaan kewafatan dan kebangkitan berlaku dalam banyak perbahasan keagamaan dan dialog antara agama.[10]

Islam

Orang Islam percaya bahawa Nabi Isa a.s. (Jesus) anak Maryam (Mary) merupakan nabi suci dengan utusan Tuhan. Perspektif Islam ialah Jesus tidak disalib dan akan kembali ke dunia pada akhir zaman. "Bahkan Allah telah mengangkatnya [Nabi Isa] kepada-Nya. Dan Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".[11] Tertulis dalam al-Quran dalam Surah al-Nisa' [S004:Ayat157] "Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan, "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, ʿĪsā, ibni Maryam, Rasul Allāh",—Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak menyalibnya, tetapi diserupakan bagi mereka, Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya)".[12]

Rujukan

WikiPedia: Kebangkitan Yesus //doi.org/10.1017%2FS003693060800392X https://books.google.com/?id=-0aBAgAAQBAJ&pg=PA72&... https://books.google.com/?id=-fLUBQAAQBAJ&pg=PA374... https://books.google.com/?id=0YJ3nxSYf0QC&pg=PA394... https://books.google.com/?id=0uZcBgAAQBAJ&pg=PA32&... https://books.google.com/?id=1FiaCwAAQBAJ&pg=PA181... https://books.google.com/?id=4KseAgAAQBAJ&printsec... https://books.google.com/?id=E8lZ7BXzt0sC&pg=PA127... https://books.google.com/?id=E9saA_qL4iMC&pg=PA148... https://books.google.com/?id=Frw8BAAAQBAJ&pg=PA122...